Isnin, 27 Mei 2013

Indahnya Alam Syurga

Firman Allah SWT Dalam Al Quran :
"Banyak muka pada hari itu berseri-seri, merasa senang kerana usahanya, dalam syurga yang tinggi, tidak kamu dengar di dalamnya perkataan yang tidak berguna, di dalamnya ada takhta-takhta yang ditinggikan, dan gelas-gelas yang terletak dekatnya dan bantal-bantal sandaran yang tersusun dan permaidani yang terhampar....." (A-Ghasyiyah 88:8-16)

Sesungguhnya alam syurga adalah kemuncak nikmat bagi setiap orang yang benar-benar beriman kepada Allah SWT. Alam syurga adalah satu pelambangan destinasi yang penuh dengan kenikmatan dan keistimewaan, sebenarnya itulah destinasi abadi yang dijanjikan oleh Allah AWT kepada para hamba-Nya yang beriman selama mereka hidup di alam dunia.

Bila seseorang  muslimah itu berpakaian menutup aurat, berjubah, bertudung labuh dan tidak mengenakan alat solek, dia rasakan dia dah jadi orang beriman. Dia rajin bersolat sunat, berzikir dan membaca Al-Quran serta menghayati terjemahannya. Sungguh Allah SWT menyayangi dirinya apabila Allah SWT mendatangkan ujian buat dirinya. Ia benar-benar menguji keimanannya. Selama ini syurga adalah impiannya tetapi ujian yang Allah SWT berikan membuatkan dia berfikir bahawa dirinya masih belum layak ke syurga Allah SWT namun dia tak sanggup ke neraka jahanam. Betul kita diminta redha dengan ketentuan dan takdir Allah SWT tapi bila kita ditipu dan cinta kita dianiaya oleh orang yang kita cintai, iman kita mula tergugat. Iman kita mula rapuh, air mata kesedihan dan kekecewaan sentiasa mengalir.

Allah berfirman SWT berfirman dalam Al Quran : " Katakanlah, wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas, terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya."(Az-Zumar 39:53).

Kenapa dalam hati manusia ini masih merasakan hanyalah si 'dia' yang mencintai dirimu dengan sepenuh jiwa dan dirimu mengharap bahawa si 'dia' akan mencintai dirimu sampai mati. Si 'dia' atau 'Dia'? Dia yang menyintai dirimu kerana Dia-lah yang mencampakkan cinta ke dalam dada mu. Dia itu Tuhanmu yang Maha Esa.

Ahad, 7 April 2013

WANITA TERCANTIK

Pakailah pakaian takwa, dikau akan menjadi wanita tercantik di dunia. Bedakkan diri dengan iman agar dikau jelita diluar dan di dalam. Semburkan diri dengan semburan  akhlak yang terpuji lebih wangi daripada harum minyak wangi. Perhiaskan diri dengan kelembutan, kecantikanmu lebih terserlah. Jagalah harga dirimu dengan hijab. Kata-katamu adalah zikir, pandanganmu adalah berilmu dan diammu adalah berfikir. Walau di mana dikau berada, dikau selalu mendapat kebahagiaan dan kesejahteraan. Pujian yang baik dan doa yang jujur dari insan lain selalu mengalir untukmu. Allah swt sentiasa menghilangkan mendung kelabu yang menghimpitmu. Rumahmu adalah istana cahaya cinta dan kemuliaan.

Jumaat, 5 April 2013

puisi Biologi topik sem 1 matrikulasi


KASIH TERTUMPAH DI SINI
Di daerah ini kasihku tertumpah
Dalam kehijauan ciptaan Ilahi
Terasa kedamaiannya diiringi dengan kercipan unggas
Disamping keheningan tasik yang tenang,
Di bawahnya disokong oleh ikatan hidrogen,
tidak kuat tapi bila bersama ia menjadi kukuh,
mampu menampung bebanan yang mendatang,
begitulah juga dengan kehidupan ini,
Berbekalkan karbohirat,lipid,protein dan asid nukleik,
Ditampung dengan ikatan kovalen yang kental,
Kita berjaya membina satu sistem yang kompleks,
Walaupun bermediumkan air,

Namun dengan tisu-tisu  kita bersatu,
epithelium,  saraf,  otot serta tisu penghubung
 bersama mengorak langkah,
dikuatkan lagi dengan organel-organel,
nucleus, mitokondria, alat Golgi dan lisosom
kita bergerak aktif dan pantas
Dengan pengangkutan yang hebat,
Berjuang melawan arus kecerunan
Kita semakin pantas ,
Sel membahagi dengan lebih banyak,
berpandukan kepada mitosis dan meiosis,
Sel semakin mengganas,
Mewarisi genetik yang hebat

Mengenali Mendel
Baru ku tahu ada undang-undang di sebalik pewarisan itu
tetapi ada yang menentang
gen maut, gen terangkai mengubah segalanya
Namun begitu hadirnya Hardy dan Weinberg
membawa dunia gen ke alam matematik
Serta-merta fikiranku berubah
Oh! ada hubungan antara hidup ini dengan matematik

Subhanallah
Terciptanya manusia ini begitu unik sekali,
kenapa kita berbeza?
Rupa-rupanya DNA dalam dirikulah
yang telah mengekspreskan fizikal ku
Dapatku memahami kenapa berlakunya transkripsi dan translasi
Namun kuasa Allah swt melebihi segalanya
ada hikmah di sebalik yang berlaku
mutasi itu menyedarkan ku
segala yang ada di dunia ini milikmu Allah
Allah mencipta apa yang Dia kehendaki
dengan sumber gen dan alam sekitar
pelbagai variasi kehidupan di dunia ini
Subhanallah, Masya Allah, Allahuakhbar, Alhamdullilah

Tuhan yang menjadikan setitis air mani dan satu sel telur
 kepada satu zigot lalu membahagi membentuk blastosis
 daripada sebuku darah menjadi seketul daging
dan disertakan dengan tulang sehingga
sempurna kejadian manusia
 Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta

Lahirlah seorang insan setelah tiga trimester
berada di dalam uterus ibu
segala pengorbanan ibu yang melalui perubahan hormon
menempuh detik-detik kelahiran yang memeritkan
terhibur dengan tangisan si kecil
Si kecil dibelai, dimanja dan disusui oleh ibunya
dibesarkan dan dididik
menjadi hamba dan seorang Khalifah di muka Bumi ini

In shaa Allah
 


Nukilan  Baiti

cinta terindah

Jadilah jiwa yang bersinar. Pandanglah hidup dengan pandangan cinta yang optimis. Kehidupan adalah anugerah dari Allah swt untuk semua. Terimalah hadiah dari yang Maha Esa dan ambillah dengan perasaan senang dan bangga. Sambutlah waktu pagi yang cerah dengan senyuman yang terindah dan sambutlah malam yang tenang dengan hati yang kesunyian. Di saat air mata itu berlinangan dan hati itu perih, Allah menjadikan sesuatu yang menyenangkan setelah itu. Jika malam telah gelap gelita maka fajar pagi segera datang dengan cahayanya. Seorang sasterawan mengatakan : "Jika engkau mengetahui bahawa ketika engkau menuntut segala sesuatu sesuai dengan keinginan dan seleramu, serta tidak menginginkan sesuatu kecuali yang engkau sukai, maka berhati-hatilah! Sebab dengan demikian engkau harus bersiap sedia untuk terjatuh ke dalam lembah kesedihan. Engkau akan merintih ketika kehilangan apa yang engkau impikan, bahkan boleh jadi engkau tidak memperolehi apa yang engkau perlukan.