Jumaat, 5 April 2013

puisi Biologi topik sem 1 matrikulasi


KASIH TERTUMPAH DI SINI
Di daerah ini kasihku tertumpah
Dalam kehijauan ciptaan Ilahi
Terasa kedamaiannya diiringi dengan kercipan unggas
Disamping keheningan tasik yang tenang,
Di bawahnya disokong oleh ikatan hidrogen,
tidak kuat tapi bila bersama ia menjadi kukuh,
mampu menampung bebanan yang mendatang,
begitulah juga dengan kehidupan ini,
Berbekalkan karbohirat,lipid,protein dan asid nukleik,
Ditampung dengan ikatan kovalen yang kental,
Kita berjaya membina satu sistem yang kompleks,
Walaupun bermediumkan air,

Namun dengan tisu-tisu  kita bersatu,
epithelium,  saraf,  otot serta tisu penghubung
 bersama mengorak langkah,
dikuatkan lagi dengan organel-organel,
nucleus, mitokondria, alat Golgi dan lisosom
kita bergerak aktif dan pantas
Dengan pengangkutan yang hebat,
Berjuang melawan arus kecerunan
Kita semakin pantas ,
Sel membahagi dengan lebih banyak,
berpandukan kepada mitosis dan meiosis,
Sel semakin mengganas,
Mewarisi genetik yang hebat

Mengenali Mendel
Baru ku tahu ada undang-undang di sebalik pewarisan itu
tetapi ada yang menentang
gen maut, gen terangkai mengubah segalanya
Namun begitu hadirnya Hardy dan Weinberg
membawa dunia gen ke alam matematik
Serta-merta fikiranku berubah
Oh! ada hubungan antara hidup ini dengan matematik

Subhanallah
Terciptanya manusia ini begitu unik sekali,
kenapa kita berbeza?
Rupa-rupanya DNA dalam dirikulah
yang telah mengekspreskan fizikal ku
Dapatku memahami kenapa berlakunya transkripsi dan translasi
Namun kuasa Allah swt melebihi segalanya
ada hikmah di sebalik yang berlaku
mutasi itu menyedarkan ku
segala yang ada di dunia ini milikmu Allah
Allah mencipta apa yang Dia kehendaki
dengan sumber gen dan alam sekitar
pelbagai variasi kehidupan di dunia ini
Subhanallah, Masya Allah, Allahuakhbar, Alhamdullilah

Tuhan yang menjadikan setitis air mani dan satu sel telur
 kepada satu zigot lalu membahagi membentuk blastosis
 daripada sebuku darah menjadi seketul daging
dan disertakan dengan tulang sehingga
sempurna kejadian manusia
 Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta

Lahirlah seorang insan setelah tiga trimester
berada di dalam uterus ibu
segala pengorbanan ibu yang melalui perubahan hormon
menempuh detik-detik kelahiran yang memeritkan
terhibur dengan tangisan si kecil
Si kecil dibelai, dimanja dan disusui oleh ibunya
dibesarkan dan dididik
menjadi hamba dan seorang Khalifah di muka Bumi ini

In shaa Allah
 


Nukilan  Baiti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan