Isnin, 27 Mei 2013

Indahnya Alam Syurga

Firman Allah SWT Dalam Al Quran :
"Banyak muka pada hari itu berseri-seri, merasa senang kerana usahanya, dalam syurga yang tinggi, tidak kamu dengar di dalamnya perkataan yang tidak berguna, di dalamnya ada takhta-takhta yang ditinggikan, dan gelas-gelas yang terletak dekatnya dan bantal-bantal sandaran yang tersusun dan permaidani yang terhampar....." (A-Ghasyiyah 88:8-16)

Sesungguhnya alam syurga adalah kemuncak nikmat bagi setiap orang yang benar-benar beriman kepada Allah SWT. Alam syurga adalah satu pelambangan destinasi yang penuh dengan kenikmatan dan keistimewaan, sebenarnya itulah destinasi abadi yang dijanjikan oleh Allah AWT kepada para hamba-Nya yang beriman selama mereka hidup di alam dunia.

Bila seseorang  muslimah itu berpakaian menutup aurat, berjubah, bertudung labuh dan tidak mengenakan alat solek, dia rasakan dia dah jadi orang beriman. Dia rajin bersolat sunat, berzikir dan membaca Al-Quran serta menghayati terjemahannya. Sungguh Allah SWT menyayangi dirinya apabila Allah SWT mendatangkan ujian buat dirinya. Ia benar-benar menguji keimanannya. Selama ini syurga adalah impiannya tetapi ujian yang Allah SWT berikan membuatkan dia berfikir bahawa dirinya masih belum layak ke syurga Allah SWT namun dia tak sanggup ke neraka jahanam. Betul kita diminta redha dengan ketentuan dan takdir Allah SWT tapi bila kita ditipu dan cinta kita dianiaya oleh orang yang kita cintai, iman kita mula tergugat. Iman kita mula rapuh, air mata kesedihan dan kekecewaan sentiasa mengalir.

Allah berfirman SWT berfirman dalam Al Quran : " Katakanlah, wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas, terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya."(Az-Zumar 39:53).

Kenapa dalam hati manusia ini masih merasakan hanyalah si 'dia' yang mencintai dirimu dengan sepenuh jiwa dan dirimu mengharap bahawa si 'dia' akan mencintai dirimu sampai mati. Si 'dia' atau 'Dia'? Dia yang menyintai dirimu kerana Dia-lah yang mencampakkan cinta ke dalam dada mu. Dia itu Tuhanmu yang Maha Esa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan